Wednesday, June 29, 2011

KehidupAn duNia cinTa

betapa ku sedih ... andai aja ada orang yang sanggup mendengar luahan hati ini dengan ikhlas ..... 

kadang2 aku pernah tertanya kat diri sendiri , mengapa mesti zaman percintaan ku penuh dengan duri yang mencengkam ... mengapa tiada kemanisan di penghujungnya ... mungkin kelalaian aku atau si dia yang melalaikan perhubungan ini ...

semua pasangan inginkan kesetiaan tapi berapa ramai di antara mereka yang betul2 berusaha untuk setia ?? xtahan dengan dugaan yang melanda .... akhirnya pasangan yang dulunya kata di cinta menjadi mangsa .....

ada orang pernah cakap "kalau nak bahagia , perlu dulu derita" ... tapi persoalannya , berapa kali perlu derita sebelum bahagia ??? adakah mampu bertahan pada yang menerima derita untuk terus derita ?? jika ada yang tak mampu bertahan , mungkin ada di antara mereka yang menjadi seperti saya .... FOBIA CINTA ....

kadang2 , insan di luar sana tak pernah mengerti .... tiada di antara mereka yang memahami situasi ini sebaliknya menyalahkan orang yang fobia cinta kerna tak menerima cinta ....

mungkin mereka mengatakan golongan yang fobia cinta ini tak pernah memberi mereka peluang untuk menyatakan rasa cinta mereka kepada golongan fobia cinta tapi apa jaminan kamu bahawa kami (fobia cinta) tak akan dipermainkan lagi ?? kamu tahu apa akhirnya kesan di sebalik permainan cinta yang bakal berlaku ?? mungkin ada di antara mereka yang boleh membunuh diri ....

nak mencari yang setia bukan semudah mencari yang mencintai kita ...... kebanyakannya hanya meluahkan I LOVE U sekadar di bibir saja .... tapi di hati penuh dusta ..... kerna perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab , insan yang tak berdosa menjadi mangsa .... dan akhirnya insan yang tak berdosa akan menyematkan satu perasaan dendam yang boleh memusnahkan kehidupan orang lain pula ....

No comments:

Post a Comment